MAJLIS BELIA MALAYSIA

Solidariti dan perpaduan belia Malaysia untuk Palestin

KRISIS kemanusian yang mencengkam di Palestin kini sangat membimbangkan. Ketika masyarakat global masih menyinsing lengan dalam memastikan akses terhadap vaksin untuk melawan pandemik, rakyat Palestin terpaksa bertarung nyawa sehari-hari akibat konflik yang tidak berkesudahan.

Catatan sejarah menunjukkan kota Baitulmaqdis serta wilayah-wilayah di mana letaknya Palestin dan Israel pada hari ini telah didiami selama beribu-ribu tahun oleh masyarakat Yahudi, Kristian Arab dan Armenia. Namun sejak konfik pada tahun 1948 sehingga kini, jalan buntu perdamaian hanya menyebabkan lebih banyak nyawa wanita, kanak-kanak dan belia yang terkorban.

Solidariti belia Malaysia pada hari ini adalah atas dasar kemanusiaan yang dijunjung tinggi oleh Malaysia dan Palestin. Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai pemegang taruh belia-belia ingin menyeru agar rakyat Malaysia merentasi sempadan kaum dan agama agar cakna dengan isu global yang berlaku kini.

Berbekalkan tema belia bertindak demi kebenaran dan keadilan yang dipayungi oleh semua belia, belia Malaysia menentang sebarang bentuk kezaliman dan memohon agar pihak berwajib seperti United Nations (UN) segera campur tangan bagi mengatasi konflik ini. Perjuangan menentang kezaliman zionis di Palestin turut didokong aktivis dan masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan termasuk daripada kumpulan Yahudi yang simpati kepada perjuangan rakyat Palestin.

Jika konflik Palestin – Israel dapat dihentikan untuk jangka masa panjang maka 2/3 dunia akan menikmati keamanan sejagat termasuk Malaysia.

Global Peace Mission (GPM) Malaysia yang juga rakan sinergi MBM telahpun melancarkan kempen #MyAqsaDefender bagi tujuan untuk mengumpul dana kilat kewangan untuk pembangunan ekonomi dan pendidikan dengan sasaran 10 juta.

MBM juga menyeru belia Malaysia agar menyumbang untuk menghentikan keganasan dan membela nasib kemanusiaan dengan kapasiti dan lokaliti masing-masing seperti berdoa, menderma, perkongsiaan maklumat, aktivisme dalam talian termasuk menggunakan TikTok.

Setiap agama dan kepercayaan menyuburkan budaya berkasih sayang dan saling berbuat adil antara satu sama lain. Semoga dengan referendum belia Malaysia merentasi kaum dan agama ini menjadi mesej jelas dalam terus bersolidariti demi keamanan sejagat.

Didokong oleh:

1) Jufitri Joha

Presiden

Majlis Belia Malaysia (MBM)

2) Ahmad Farid Sainuri

Presiden

Majlis Belia Sabah (MBS)

3) Abang Abdul Aziz Abang Draup

Naib Presiden

Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)

4) Alex Ng

Pengerusi

8 Pertubuhan Belia Cina (EMCO)

5) Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid

Koordinator

Kaukus Badan Beruniform MBM

6) Clive Allen Williams Hunt

Presiden

Majlis Belia Orang Asli Malaysia (MBOAM)

7) Datuk Syed Osman Mohamed

Koordinator

United Malaysia Indian Youth (UMIY)

8) Mohd Faiz Shuhaimi

Presiden (Penaja)

Majlis Belia OKU Malaysia (MBOKU)

9) Muhammad Fadzli Hasan

Presiden

Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM)

Artikel penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/solidariti-dan-perpaduan-belia-malaysia-untuk-palestin-298254?fbclid=IwAR1bhimA6WIh39xYFuoiHGa89xOipfvfdaMCVRm51LfGvuI8ZOpk-xmgP3g

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »