MAJLIS BELIA MALAYSIA

Solidariti belia & pemuda Malaysia, Indonesia dan Brunei kepada perjuangan Palestin

Majlis Belia Malaysia (MBM), Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) dan Majlis Belia Brunei (MBB) ingin mengekspresikan secara jelas solidariti, dokongan dan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin sambil mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dan aksi terror pihak Zionis kepada rakyat Palestin yang tidak berdosa. Serangan ini mesti dihentikan segera bagi menyelamatkan lebih ramai nyawa.

MBM, KNPI dan MBB juga amat mengalu-alukan kerjasama padu dan kesepakatan Kerajaan Malaysia, Indonesia dan Brunei memainkan peranan proaktif mendesak masyarakat antarabangsa menghentikan keganasan ini dan mengembalikan keamanan kepada Palestin sambil MBM, KNPI dan MBB akan memainkan peranan aktif gerakan belia dalam mendokong inisiatif G to G ini.

Kami menyeru belia dan pemuda di ketiga-ketiga negara terus memainkan peranan atas kapasiti, medium dan lokaliti masing-masing bagi menghentikan keganasan ini dan memberikan semangat solidariti kepada rakyat Palestin yang diuji dengan kesusahan dan penderitaan dahsyat ini.

Sesungguhnya isu Palestin menjadi faktor pemersatu belia dan pemuda di ketiga-tiga Negara dalam memperkukuhkan kerjasama serantau belia dalam pelbagai arena selepas ini.

Disepakati bersama:

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia (MBM)

HARIS PERTAMA

Presiden

Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI)

YB KHAIRUNNISA ASH’ARI

Yang Di-Pertua

Majlis Belia Brunei (MBB)

Bertarikh : 22 Mei 2021

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

JOINT STATEMENT

MALAYSIAN, INDONESIAN AND BRUNEIAN YOUTH SOLIDARITY TOWARDS THE PALESTINIAN STRUGGLE

Malaysian Youth Council (MBM), Indonesian National Youth Council (KNPI) and Bruneian Youth Council (MBB) wishes to clearly express our solidarity and relentless support towards the Palestinian struggle and condemn in the strongest of terms the terrorizing actions of the Zionist regime towards innocent Palestinians. These attacks must be halted immediately to prevent from the further loss of more lives.

MBM, KNPI and MBB also welcomes close cooperation and agreements among the Malaysian, Indonesian and Bruneian government to play a proactive role in pushing the international community to end the violence and restore peace in Palestine while MBM, KNPI and MBB will play an active role in engaging the youth to support this G to G initiative.

We call upon the youth from these three nations to take the lead upon their respective capacity, medium and locality to end the violence and provide a spirit of solidarity towards the vulnerable Palestinians.

May the Palestinian crisis become a unifying factor for the youths from these three nations promoting regional cooperation in multiple aspects hence forth.

Supported by,

JUFITRI JOHA

President

Malaysian Youth Council (MBM)

HARIS PERTAMA

President

Indonesian National Youth Council (KNPI)

YB KHAIRUNNISA ASH’ARI

President

Bruneian Youth Council (MBB)

Date: 22nd May 2021

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »