MAJLIS BELIA MALAYSIA

SMK Mata Ayer terima sumbangan topeng muka

Mata Ayer, 21 Oktober 2015 – Ancaman jerubu dijangka akan berterusan sehingga awal tahun depan berdasarkan laporan  pakar Pusat Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa. Jerubu bukan sahaja telah menjejaskan ekonomi negara malah ianya turut boleh membahayakan kesihatan rakyat khususnya pelajar-pelajar sekolah.

MyVOC yang digerakkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) telah turun ke sekolah-sekolah di negeri yang teruk dilanda jerebu. Sdr Aizad Roslan Presiden MBN Kedah merangkap EXCO MBM yg telah menyumbangkan 7 kotak topeng muka untuk kegunaan 350 org  pelajar pelajar SMK Mata Ayer pagi ini. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan penyerahan kepada Tuan Pengetua SMK Mata Ayer Tn Hj Abd Rashid Sulaiman yang turut disaksikan oleh Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Perlis, Cikgu Saiful Munir Bidin.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »