MAJLIS BELIA MALAYSIA

Slot Khas Pengurusan Organisasi Dalam Kursus Pengurusan Dan Pentadbiran Angkatan Alumni Malaysia Future Leader School (MFLS)

KUALA KANGSAR 19 September – Pihak Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah menjemput Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk menyampaikan slot khas pengurusan organisasi dalam Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Angkatan Alumni Malaysia Future Leader School.

Slot yang disampaikan oleh pihak MBM meliputi kemahiran surat-menyurat, penulisan kertas kerja, penyediaan laporan rasmi, pengendalian mesyuarat dengan tambahan falsafah persatuan. Program yang akan berlangsung di seluruh Malaysia ini melibatkan alumni-alumni MFLS yang terpilih.

Siri pertama telah berjalan dengan jayanya di Kem Wawasan Negara Ulu Kenas. Sdr. Aswanuddin Harifuddin, Presiden Majlis Belia Negeri Perak telah hadir untuk menyampaikan ucapan dan taklimat berkenaan MBNP kepada para peserta. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh En. Termizi Mohd Bunor serta Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Timbalan Presiden MBNP yang juga Exco MBM turut hadir bersama dalam majlis berkenaan. Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik telah mewakili MBM menjadi penceramah bagi sesi kali ini dan dibantu oleh dua orang fasilitator daripada MBD Kuala Kangsar sebagai wakil daripada MBNP.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »