SEREMBAN 30 November – Majlis Perasmian SkuadMEPS “Menggerak Pengguna Siswa” Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha di UiTM Kampus Seremban di sini.
Jufitri berkata, “Skuadmeps perlu menjadi platform gerakan pejuang isu-isu kepenggunaan (masyarakat) khususnya anak muda meliputi isu pendidikan, makanan, perumahan, kesihatan, pengangkutan dan e-dagang”.
Program Skuadmeps anjuran bersama Bahagian Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan MBM ini bertujuan memberi sokongan kepada Gerakan Pengguna Siswa sedia ada di setiap universiti awam dengan harapan mahasiswa mampu menjadi agen penyampai kepada masyarakat.
Antara ceramah yang disampaikan seperti food bank, transaksi atas talian dan pengguna di kampus.
Turut hadir Penolong Rektor UiTM Kampus Seremban, Prof Madya Nor Othman, wakil Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, En. Safwan Abd Aziz, Exco MBM, Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Sdr. Mohd Fairos Rosli dan kepimpinannya.