MAJLIS BELIA MALAYSIA

SKUADMEPS DILANCAR DI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU 6 Disember – Terengganu menjadi Negeri ke-4 persingahan jelajah Program SkuadMEPS Menggerak Pengguna Siswa anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Program berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) ini mendapat kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu dan pihak UNISZA sendiri.

Majlis Perasmian SkuadMEPS “Menggerak Pengguna Siswa” Negeri Terengganu disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Sdr. Amirullah Othman.

“Mahasiswa perlu berpatisipasi dan terkehadapan dalam isu-isu kepenggunaan khususnya di negeri ini kerana mereka merupakan kelompok pengguna yang terbesar”, ujar beliau.

Turut hadir wakil Pengarah KPDNHEP Negeri Terengganu, Puan Fatimah Mahmood, Exco MBM Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim dan kepimpinan Majlis Belia Negeri Terengganu.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »