MAJLIS BELIA MALAYSIA

Skuad Sukarelawan KBS bersama MBM bantu pantau dan lapor isu kenaikan harga barang

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil maklum situasi semasa di mana rakyat melaporkan kenaikkan harga barang sedang berleluasa. Dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), KBS mengambil langkah proaktif menggerakkan belia sebagai sukarelawan yang akan memainkan peranan di lapangan bagi memantau sebarang eksploitasi kenaikan atau lonjakan harga di pasaran seterusnya dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKTA 723).

Ini adalah selaras dengan pengumuman terkini oleh kerajaan yang mengekalkan subsidi ke atas beberapa makanan asas.

Kementerian ini yakin kerjasama strategik bersama MBM ini mampu menggerakkan golongan belia bagi membantu kerajaan untuk memastikan kepentingan pengguna adalah dilindungi dan terpelihara.

Untuk tujuan tersebut, Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bersama MBM akan mengaktifkan sukarelawan belia di seluruh negara.

Kenyataan Bersama:

Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu

Menteri Belia Dan Sukan

Dan

Mohd. Izzat Afifi Abdul Hamid

Presiden Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 24 Jun 2022

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »