MAJLIS BELIA MALAYSIA

#SKILLSYOUTH (PELUANG KERJAYA UNTUK BELIA)

KUALA LUMPUR 13 November – Program TRAIN & PLACE sudah dimulakan awal minggu ini. Dua minggu awal orientasi ini para pelajar akan dilatih untuk memecahkan tembok dalam diri supaya mereka berubah ke arah lebih baik dan menghargai peluang yang telah diberikan sebaiknya.

Program kelolaan Auto Prima Kolej dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) ini mendapat tajaan dari Sumber Manusia Berhad. Para pelajar akan menjalani proses teori tiga bulan di kolej dan tiga bulan praktikal di industri serta setahun bekerja hingga tamat program ini.

Minggu ini pula kumpulan kedua (belia Sabah) akan mendaftar masuk. Terima kasih Majlis Belia Sabah kerana memberi sokongan kepada belia Sabah untuk datang ke semenanjung seterusnya merubah kehidupan mereka dalam bidang TVET.

Program ini diuruskendalikan oleh Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Biro Kesukarelaan dan Belia Mahir.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »