MAJLIS BELIA MALAYSIA

Situasi sebenar konflik perang dan isu kemanusiaan Yaman perlu difahami

DISKUSI : Konflik bersenjata dan isu kemanusiaan Yaman
Tarikh ; 17 Jun 2015 / Tempat : Pusat Belia Antarabangsa

Terdapat hampir 200 orang warga Yaman terkandas di Malaysia, akibat konflik bersenjata dan politik di Yaman. Begitulah kenyataan yang dikongsi oleh Saudari Sukaimah Aldulqader, pelajar Yaman di Malaysia.

Terdapat tiga perkara utama yang diutarakan dalam perbincangan ini iaitu dari dari sisi kemanusiaan, advokasi dan kebajikan secara amnya. Sesi Perkongsian selama 2 jam ini memperlihatkan sudut pandang dari tiga aspek, iaitu keadaan sebenar Yaman , keadaaan warga Yaman yang terkandas di Malaysia dan situasi penangguhan pelajaran oleh pelajar Malaysia di Yaman. Sesi diskusi anjuran bersama Majlis Belia Malaysia, Malaysian Humanitarian Movement, MyCorps dan ABIM ini turut disertai oleh Global Peace Mission Malaysia dan rakan-rakan media.

Saudara Manaf Wadee , pelajar dari Yaman ini telah menggerakkan ‘AWN , iaitu satu gerakan kolektif antara pelajar Yaman di Malaysia untuk membantu warga negara Yaman yang terkandas di Malaysia. Di saat meletusnya perang di Yaman, tiada penerbangan yang dapat terbang masuk ke Yaman, dan hal ini menyebabkan warga Yaman yang berada di luar negara tidak dapat pulang ke tanahair mereka dan terkandas di negara yang dilawati. Justeru,’AWN membantu warga yaman dalam mendapatkan tempat tinggal dan memenuhi kebajikan mereka sementara menanti penerbangan pulang mereka. Jumalah penerbangan masuk ke Yaman juga sangat adalah dihadkan oleh pihak berkuasa kerana khuatir berlakunya penyeludupan senjata dan kemungkinan kemasukan pengganas.

Sukimah turut berkongsi bahawa konflik ini turut disebabkan oleh perbezaan fahaman politik dan setiap kota akan menjadi sasaran juga sekiranya terdapat pendapat yang mengatakan kawasan tersebut didiami oleh kumpulan pengganas.

Mereka turut berkongsi bahawa sebenarnya angka kematian lebih banyak meningkat kerana kekurangan bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan berbanding dari bedilan peluru.

Bagi saudara Waliudin, pelajar Malaysia di Yaman, terpaksa pulang ke Malaysia kerana faktor keselamatan. Beliau menekankan bahawa keperluan untuk melihat dan mnyelesaikan masalah pengangguhan pengajian pelajar-pelajar Malaysia di Yaman ini.

Sdr Rizan Hasan, COO Malaysian Humanitarian Movement mengulas bahawa terdapat keperluan untuk mengadakan pertemuan dengan pihak Kedutaan,Jabatan Pengajian Tinggi dan pelajar bagi mencari solusi dan mengelak para pelajar merasa ‘demoralized’ dan memberi peluang kepada mereka untuk menimba ilmu sementara masih dalam usia muda.

Kesimpulannya, isu seperti konflik bersenjata ini turut memerlukan kekuatan politik untuk menyelesaikannya, dan dari sudut pandang gerakan kemanusiaan dan masyarakat sivil sudah pasti bantuan dalam bentuk keperluan asas perlu diutamakan. Selain itu, gerakan advokasi bagi memaklumkan kepada masyarakat mengenai gambaran situasi sebenar di Yaman.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »