MAJLIS BELIA MALAYSIA

Siswa UUM kunjung Sekretariat MBM

Kuala Lumpur 12 Okt 2015 – Majlis Belia Malaysia hari ini menerima kunjungan dari Mahasiswa-Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah seramai 40 orang yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin di IPT tersebut. Kunjungan ini adalah sempena Youth Leadership Program (YLP) yang akan diadakan pada malam ini yang bertempat di Saloma Bistro yang berkonsepkan Bual Bicara yang akan menampilkan Naib Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha. YLP ini adalah program untuk memberi latihan dan pendedahan bagaimana untuk menguruskan kepimpinan berorganisasi.

Kunjungan tersebut disambut oleh Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM, Sdr. Sdri. Asfalinda Anuar Naib Presiden MBM dan Hasnul Haniff Exco MBM. Program kunjungan dimulakan dengan sesi pengenalan diri oleh setiap mahasiswa yang hadir dan diteruskan ucapan oleh Sdr. Rizan Hassan yang menerangkan tentang pengenalan MBM dengan disambung oleh Sdr. Hasnul Haniff berkaitan keterlibatan MBM dalam Majlis Perundingan Negara,Pasca Bencana Banjir dan MIB 300 iaitu program yang memberikan penekanan tentang peranan sebenar MBM. Sdr. Ahmad Saparuddin SUA MBM menambah ucapan dengan memberi penekanan kepada 2 perkara iaitu pertama jangan kita menghadkan pergerakan hanya dalam lingkungan sahaja perlu diperbesarkan (cth: jangan hanya tertumpu pada dalaman kampus sahaja perlu keluar supaya ia dapat memberi pendedahan kepada dunia sebenar) dan kedua platform iaitu perlu melihat kepada dunia luar. Pengakhiran program ini ada dengan sesi soal jawab.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »