MAJLIS BELIA MALAYSIA

Siri Sembang Santai Kesedaran Kepenggunaan Edisi Belia “Sekuriti Makanan Perlukah Belia Cakna?”

DALAM TALIAN 15 Nov- Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan siri sembang santai Kesedaraan Kepenggunaan Edisi Belia dengan tajuk “Sekuriti Makanan Perlukah Belia Cakna?” secara langsung menerusi Facebook MBM.

Perkongsian ini menampilkan Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman dari Jabatan Pemakanan Fakulti Perubatan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.

Antara topik yang dibincangkan adalah mengenai pendedahan kepada masyarakat khususnya belia memahami tentang sekuriti makanan. Faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi ekosistem sumber makanan negara serta peranan belia dalam menyumbang kepada dasar sekuriti makanan.

Sdr. Eow Shiang Yen, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan MBM bertindak sebagai moderator bagi sesi ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »