Majlis Belia Malaysia (MBM) terus komited dalam misi melahirkan kepimpinan belia pada masa akan datang yang bakal menjadi tunjang utama persatuan-persatuan belia di seluruh negara. Bagi memastikan misi ini berada di landasan yang betul, siri kedua Traing of Trainers (ToT) Skuad MiB 300 telah dijalankan di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 dan 6 September yang lalu. Selain itu, Bengkel Pengurusan dan Teknikal Skuad MiB 300 turut dijalankan disana bagi melatih barisan urus setia yang bakal menjalankan program Skuad MiB 300 di sabah.
Seperti bengkel ToT yang diadakan di Genting Highland sebelum ini, objektif utama bengkel ini adalah bagi meningkatkan kemahiran jurulatih (trainer) supaya mereka mengendalikan sesi latihan (training) dengan lebih berkesan selain dapat memindahkan kemahiran-kemahiran kritikal yang perlu ada pada trainer, supaya kemahiran ini digunakan oleh mereka dalam menguruskan sesi training yang berjalan lancar.
Seramai 35 orang peserta menyertai bengkel ToT ini manakala 10 peserta menyertai Bengkel Pengurusan Teknikal Skuad MiB 300. Peserta yang meyertai kedua-dua bengkel ini terdiri daripada ahli persatuan belia di negeri Sabah dan sebahagian daripada mereka memegang jawatan didalam persatuan masing-masing.
Kedua-dua bengkel ini dirasmikan oleh Presiden Majlis Belia Sabah, Sdr. Nourman Rayn Datuk Ag. Zaini diiringi Naib Presiden MBM, Sdr. Azuwan Marjan @ Norjan serta Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup. Turut hadir Exco MBM, Sdr. Ahmad Daniar Ismail dan Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim.