PUTRAJAYA 18 Mac – Telah berlangsung Siri Bual Polisi Belia secara dalam talian bersama kepimpinan mahasiswa dan pelajar yang memfokuskan kesediaan belia di bawah umur 30 tahun untuk memimpin pertubuhan belia.
Sesi dihadiri oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Dr. Wasitah Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Sdr. Jufitri Joha Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).
Program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ini disertai lebih 130 orang peserta membincangkan spektrum kepimpinan belia.