DALAM TALIAN 25 Nov – Ketahanan ideologi jati diri masyarakat khususnya generasi muda kembali diuji ketika dunia masuk pada era globalisasi di mana banyaknya ideologi alternatif meresapi ke dalam segenap sendi-sendi bangsa melalui media informasi yang dapat dijangkau oleh seluruh anak bangsa.
Itulah antara isu yang dikupas dalam Siri Webinar bertajuk “Belia Fahami Isu Global : Peranan Warga Global Di Era Globalisasi dan Polarisasi” yang telah disiarkan secara langsung menerusi platform FB Live.
Webinar anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Tetap Antarabangsa dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia ini menampilkan panel jemputan iaitu Dr. Ahmad El Muhmmady Pensyarah, Institut dan Tamadun Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).
Sesi ini dikemudikan oleh Sdr. Mohd Syazwannuddin Shaharuddin.