KUCHING 26 April – Dalam memenuhi jadual program di Sarawak, MBM berkesempatan mengadakan pertemuan santai bersama kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS), mahasiswa dan ahli gabungan SABERKAS.
Pertemuan ini turut disertai Setiausaha Politik kepada YAB Primier Sarawak, Abang Abdul Aziz Abang Draup
Ruang ini digunakan bagi mengeratkan silaturahim di samping membincangkan kerjasama dan pembangunan belia khususnya dalam memperluas peluang serta penglibatan aktif anak muda di Negeri Sarawak.
Turut hadir mewakili SABERKAS ialah Timbalan Setiausaha Agung, Sdr. Ts. Khairulnizam; Exco MBM/SABERKAS, Sdr. Adzim Adzmi serta Setiausaha Eksekutif, Sdr. Iszuan Haroni.



















