KUALA LUMPUR 24 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima kunjungan hormat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Wilayah Persekutuan bagi meneroka kerjasama dalam memperkasa pembangunan belia dan institusi keluarga.
Kehadiran mereka disambut Naib Presiden MBM, Sdri. Jessy Ng bersama Penolong Setiausaha Agung II MBM, Sdr. Syahmi Shamsudin seterusnya membincangkan pelaksanaan program berkaitan pendidikan kekeluargaan, persediaan perkahwinan dan kesejahteraan sosial belia.
Antara inisiatif yang diketengahkan ialah Program SMARTSTART Pra-Perkahwinan, sebagai platform pendedahan kepada belia mengenai persediaan ke alam perkahwinan, pengurusan kehidupan berkeluarga serta pembentukan keluarga sejahtera.
MBM percaya kolaborasi ini bakal memperluas akses belia kepada program pembangunan diri dan kekeluargaan di samping memperkukuh jaringan strategik antara agensi dan gerakan belia.
Kunjungan ini diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak program bersama yang memberi manfaat langsung kepada belia, keluarga dan masyarakat.








