MAJLIS BELIA MALAYSIA

SIMPOSIUM PERSAINGAN SETARA DAN KOS SARA HIDUP

PUTRAJAYA 12 November – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Lim Swee Bok yang juga Pengerusi Biro Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan telah menghadiri Simposium Persaingan Setara dan Kos Sara Hidup yang membawa tema “Seiring dan Sejalan” anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan dihadiri oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Program Simposium ini bertujuan bagi mendedahkan kepada pegawai-pegawai kementerian/agensi/ jabatan kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan serta persatuan-persatuan dan syarikat yang berkaitan mengenai amalan anti persaingan terhadap kos sara hidup di Malaysia.

Dalam program tersebut, pihak kerajaan khususnya KPDNHEP menyarankan supaya pemain-pemain industri dapat meningkatkan inovasi dan kecekapan bagi mengurangkan kos harga barangan dan perkhidmatan kepada pengguna dengan berlandaskan prinsip amalan perniagaan yang betul supaya pengguna tidak terlalu terbeban dengan kos sara hidup mereka.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »