BANGI 30 Sep – Seramai 508 graduan daripada tiga kolej di bawah TVET Belia Mahir diraikan dalam Majlis Konvokesyen Belia Mahir kali ke-8 Tahun 2026 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Selangor.
Konvokesyen anjuran Belia Mahir bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) itu menjadi detik bermakna buat para graduan selepas berjaya menamatkan pengajian dalam bidang kemahiran dan TVET.
Majlis disempurnakan oleh YB Manndzri Hj Nasib, Pengerusi Lembaga Penasihat Belia Mahir merangkap Ahli Majlis TVET Negara, yang turut menyampaikan diploma kepada para graduan.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya semakin berkembang sebagai arus perdana pendidikan negara dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir, kompeten dan berdaya saing.
Turut mencuri perhatian ialah gimik pelancaran sambutan Jubli Perak 25 Tahun Belia Mahir (2002–2027) yang menandakan perjalanan panjang Belia Mahir dalam memperkasa pendidikan dan pembangunan kemahiran generasi muda.
Hadir menyantuni para graduan ialah Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid; Timbalan Presiden, Sdr. Khairul Azman Azeez; serta Naib Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Sdr. Dhanesh Basil.
Hadir sama Presiden Belia Mahir, Sdr. Rizan Hassan; Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, Dr. Ts. Kamaruzzaman Hj Md Ali; Ahli Lembaga Penasihat Belia Mahir serta dif-dif kehormat lain.
Tahniah kepada seluruh graduan Belia Mahir! Hari ini kejayaan diraikan, esok perjalanan baharu bermula.


















































