MAJLIS BELIA MALAYSIA

MoU Belia Mahir – 40 Institusi TVET Perkukuh Pembangunan Bakat Belia

BANGI 30 Sep – Belia Mahir memperkukuh jaringan strategik dalam ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 40 institusi TVET swasta di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Selangor.

Majlis MoU tersebut dirasmikan oleh Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Ahli Majlis TVET Negara, Sdr. Khairul Azman Azeez sempena Majlis Konvokesyen Belia Mahir kali ke-8 dan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Belia Mahir.

Menurut Azman, kerjasama berkenaan membuka ruang lebih luas kepada belia untuk mendapatkan akses latihan industri, pemindahan teknologi serta perkongsian kepakaran, sekali gus membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET.

Presiden Belia Mahir, Rizan Hasan pula berkata, MoU tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama strategik bersama institusi TVET dan pusat latihan kemahiran swasta yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), khususnya dalam melahirkan bakat belia yang kompeten dan bersedia memenuhi keperluan industri.

Kerjasama berkenaan diharap dapat memperluas akses belia kepada latihan kemahiran berkualiti, peluang industri serta laluan kerjaya yang lebih jelas, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan sosioekonomi golongan belia.

Turut hadir Naib Presiden MBM merangkap Ahli Lembaga Penasihat Belia Mahir, Sdr. Dhanesh Basil dan Pengasas dan Presiden TANG International Education Group, Mr Li Jin Song.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »