MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dari Daerah Ke Daerah: Menyantuni Aspirasi Belia 2026

BATANG PADANG 30 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) meneruskan komitmen memperkukuh gerakan belia di peringkat akar umbi menerusi pelaksanaan Jelajah Penaziran Majlis Belia Daerah yang berlangsung dari 26 hingga 30 September 2026.

Jelajah tersebut dilaksanakan oleh Jawatankuasa Penaziran MBM yang diketuai oleh Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Izham Ahmad, sebagai usaha turun padang bagi meninjau perkembangan gerak kerja, pengurusan organisasi serta pelaksanaan aktiviti pembangunan belia di peringkat daerah.

Sepanjang tempoh jelajah, Jawatankuasa Penaziran MBM telah mengadakan kunjungan ke beberapa Majlis Belia
Daerah (MBD) bermula dari kawasan Pantai Timur sebelum diteruskan ke Utara Tanah Air melibatkan Majlis Belia Jajahan Bachok (MBJ Bachok), Majlis Belia Daerah Kubang Pasu, Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah, Majlis Belia Daerah Timur Laut, Majlis Belia Daerah Larut Matang, Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar serta Majlis Belia Daerah Batang Padang.

Lawatan ini menjadi platform bagi MBM berinteraksi secara langsung bersama kepimpinan MBD dalam mendapatkan gambaran berkaitan perjalanan organisasi, pelaksanaan program serta cabaran semasa yang dihadapi oleh gerakan belia di peringkat daerah.

Sesi perbincangan dan pertukaran pandangan turut diadakan bersama kepimpinan MBD bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan, memperkukuh kerjasama serta memastikan agenda pembangunan belia dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan.

Jelajah Penaziran ini mencerminkan komitmen MBM dalam mempererat hubungan strategik bersama MBD sebagai rakan gerak kerja utama dalam memperkasa pembangunan belia di peringkat akar umbi.

MBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Majlis Belia Daerah yang telah memberikan kerjasama dan sambutan sepanjang pelaksanaan jelajah ini. Kerjasama erat antara MBM dan MBD diharapkan terus menjadi pemangkin kepada pengukuhan gerakan belia yang lebih inklusif, aktif dan berdaya maju.

Dari akar umbi, kita perkasa gerakan belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »