BANGI 6 Julai – Menyedari peranan mahasiswa sebagai penyampai mesej dan pelaksana kepada polisi global, satu Simposium Belia SDGs 2022 telah diadakan di Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM.
Bertemakan “Matlamat Pembangunan Mampan SDG” program ini dianjurkan Persatuan Pelajar Sejarah, Politik dan Strategi (PESEPSI), UKM.
Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah hadir sebagai panelis membincangkan mengenai topik ‘Sejarah dan Kesinambungan Gerakan Belia di Malaysia dalam Mengharungi Kualiti Pendidikan yang Holistik’.
Dengan jumlah lebih daripada 1.8 bilion belia di seluruh dunia, adalah mustahil untuk mencapai Sustainable Development Goals (SDG) menjelang 2030 tanpa penyertaan aktif generasi pembuat perubahan terbesar ini.
Oleh itu adalah penting bagi kita untuk memperkasakan belia sebagai agen perubahan yang boleh menyumbang kepada penggemblengan SDG, kerana belia adalah masa depan kita.
Antara ahli panel lain yang terlibat adalah Dato’ Sri Dr Irmohizam Ibrahim Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur, Prof. Madya Dr. Mohd Samsudin Timbalan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia dan Maya Karin, pelakon terkenal dan Pengasas Maya Nature Foundation.