Kuala Lumpur | 28 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan bersama YAB Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri bagi simbolik Pelepasan Delegasi Malaysia ke Sochi Rusia dalam Program World Youth Festival (WYF) 2024. Pertemuan berlangsung di Bangunan Parlimen.
YB Tuan Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut hadir dalam pertemuan itu.
Mengetuai pertemuan barisan pimpinan MBM, Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid ; Presiden dan dihadiri bersama delegasi MBM ke WYF 2024.





