MAJLIS BELIA MALAYSIA

Silveryouth gerak belia pantau GST

Ipoh : Perak Silveryouth Consumerace anjuran kerjasama padu dari MBM,MBN PERAK, KPDNKK, MBD Kinta dan GPMS Perak. Seramai 150 orang peserta terlibat dengan  program ini. Objektif program memberi pendedahan kepedulian pengguna secara tidak langsung serta mempertingkatkan ilmu kepenggunaan di kalangan belia. Ia selaras dengan isu yang paling hangat diperkatakan sekarang tentang GST.

Program ini telah dirasmi pembukaan oleh YB Dato Samsuddin Hassan, Exco Hal Ehwal Kepenggunaan, sumber manusia dan masyarakat sivil. Para peserta telah diberi beberapa tugasan seperti memantau harga di pasar borong, mengedar risalah dan beberapa aktiviti yang mencabar minda peserta. Program ini telah dirasmi tutup oleh YB Datuk Shahrul Zaman Yahaya, exco belia, sukan, komunikasi dan multimedia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »