MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sidang Meja Bulat Youth Ideas: Had Umur Belia 15-30 Tahun

Putrajaya 22 Julai 2016 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan satu Sidang Meja Bulat Youth Ideas: Had Umur Belia 15-30 Tahun : Sudut Pandangan Bebas bertempat di Murni International College, Putrajaya yang bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Sidang meja bulat ini adalah sebagai platform perbincangan isu berkenaan had umur belia 15-30 tahun yang akan dilaksanakan menjelang 2018.

Panel sidang meja bulat ini terdiri daripada Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Naib Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha dan Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan.

Turut hadir bersama Timbalan Presiden MBM Sdr. Zaidi Aziz, Peng. SUA MBM Sdr. Hasnul Fairuz, Exco MBM Sdr. Mohd Izzat Afifi, Sdr. Hasnul Haniff dan Sdr. Thai Ming Yeow.

Antara agensi kerajaan dan jabatan yang hadir ialah :

  1. Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  3. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
  4. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda
  5. Institut Intergriti Malaysia (IIM)
  6. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
  7. SME Corporation Malaysia
  8. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  9. Kementerian Sumber Manusia
  10. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
  11. Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (Bahagian Perancangan)
  12. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
  13. Kementerian Pendidikan Malaysia
  14.  LPPKN
  15. Felcra (MBFFM)
  16. Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia

Antara perkara yang dibincangkan adalah apakah konsep Belia yang terbaik untuk Malaysia, bilakah Belia akan mencapai usia kematangan dan kemandirian , bagaimanakah senario terkini Belia yang berumur 15-30 tahun.

 

MBM29248 MBM29322 MBM29320 MBM29317 MBM29313 MBM29310 MBM29308 MBM29301 MBM29299 MBM29295 MBM29290 MBM29287 MBM29286 MBM29284 MBM29277 MBM29271 MBM29270 MBM29265 MBM29263 MBM29262 MBM29261 MBM29260 MBM29258 MBM29257 MBM29256 MBM29253

 

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »