MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sidang Meja Bulat Youth Ideas bertajuk ‘Role of Faith- based Organization in Countering Violent Extremism’

Shah Alam 29 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan Sidang Meja Bulat Youth Ideas bertajuk ‘Role of Faith- based Organization in Countering Violent Extremism’ bersempena dengan Muktamar ke-45 ABIM.

Sidang tersebut dihadiri lebih 60 wakil pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, agamawan dan aktivis masyarakat bagi membincangkan peranan NGO belia khususnya badan belia Islam seperti ABIM dalam membanteras penyularan ideologi keganasan ekstrim Daesh dikalangan anak muda. Perbincangan juga meliputi persoalan berkenaan keberkesanan kempen yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak dalam negara dan seterusnya merencana pelan tindakan bersama antara MBM dan ABIM bagi akan datang.

Sidang tersebut diawali dengan perbentangan dari 5 pembentang iaitu Supt. Ahmad Norisham Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Asrul Daniel Ahmed Southeast Asia Regional Center for Counter Terrorism (SEARCCT), Ahmad El-Muhammady Bin Muhammad Uthman El-Muhammady Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PAUIAM), Assoc Prof Dr. Mohamed Bin Ali Koordinator, Religious Rehabilitation Group (RRG) Singapore dan Dr Ermin Sinanovic Pengarah Akademik dan Penyelidikan, International Institute of Islamic Thought (IIIT) bagi memberikan gambaran awal dan perkembangan terbaru berkenaan gerakan radikalisme di dalam dan luar negara. Moderator sidang ini adalah Sdr. Adli Zakuan Ketua Penerangan ABIM.

Melalui perbincangan tersebut, ahli panel pembentang menyambut baik usaha MBM dan ABIM  dalam meningkatkan usaha menghasilkan lebih banyak message positif di sosial media dan seterusnya mencadang agar lebih banyak kerjasama dijalankan dengan institusi-institusi lain dalam melaksanakan bengkel Training for Trainers dalam melahirkan lebih ramai aktivis keamanan menentang ideologi keganasan dan ekstrim.

Peserta yang hadir juga setuju kepentingan  menggerakkan agenda wasathiyyah diperingkat akar umbi khususnya belia bagi mengekang penyerapan masuk ideologi ekstrim dan keganasan.

Pada masa yang sama, hasil dari perbincangan yang dibuat, ABIM juga melancarkan Women Against Violent Extremism (WAVE) Initiative bagi menggerakkan agenda ketahanan nasional dalam menentang ideologi keganasan ekstrim melalui institusi keleluargaan.

MBM mengambil kesempatan ini mengajak lebih ramai pakar-pakar, ahli akademik, agamawan dan rakyat awam secara amnya untuk turut serta terlibat dalam agenda ini bersama MBM dalam memastikan anak-anak muda terlibat dalam aktiviti keganasan tidak kira dalam atau luar negara.

mbm20284 mbm20286 mbm20290 mbm20293 mbm20294 mbm20298 mbm20300 mbm20303 mbm20306 mbm20309 mbm20310 mbm20315 mbm20317 mbm20319 mbm20322 mbm20323 mbm20325 mbm20327 mbm20329 mbm20333 mbm20335 mbm20337 mbm20338 mbm20340 mbm20343 mbm20344 mbm20353 mbm20354 mbm20356 mbm20358 mbm20360 mbm20363 mbm20365 mbm20366 mbm20367 mbm20369 mbm20370 mbm20373 mbm20374 mbm20375 mbm20377 mbm20380 mbm20382 mbm20383 mbm20387 mbm20397

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »