MAJLIS BELIA MALAYSIA

SIDANG MEJA BULAT: USAHAWAN PEMANGKIN PEMBANGUNAN NEGARA

KUALA LUMPUR 18 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Sidang Meja Bulat: Usahawan Pemangkin Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mohd Idris Jusi, mantan Naib Presiden MBM/ Mantan Ahli Parlimen Batu Pahat merangkap seorang usahawan yang mempunyai pelbagai pengalaman.

Perbincangan sidang meja bulat ini menjurus kepada membina strategi untuk menarik minat anak muda supaya menceburi bidang keushawanan sebagai salah satu pendapatan ekonomi mereka. Selain itu, pelbagai pandangan yang menarik disampaikan dalam perbincangan tersebut antaranya mencari sesuatu ruang yang anak muda minati dengan menjadikan minat mereka sebagai satu pendapatan dengan memberi dorangan sehingga mereka berjaya dalam bidang tersebut.

Turut bersama dalam perbincangan tersebut Sdr. Jufitri Joha Presiden MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keushawanan MBM serta Nurliana Mohamad Timbalan pengerusi bersama Ahli Jawatankuasa beliau. Selain itu turut hadir dalam perbincangan, Puan Farasyila Diana Binti Kamarudin Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »