MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sidang Meja Bulat Pra-Konvensyen Belia Nasional (KOBEN)

KUALA LUMPUR 3 Julai – Telah berlangsung secara maya sesi Sidang Meja Bulat Pra-Konvensyen Belia Nasional (KOBEN) yang dahulu dikenali sebagai Konvensyen Majlis Belia Daerah bagi memuktamadkan idea-idea dan cadangan-cadangan yang dikumpulkan melalui Dialog MBD mengikut zon sebanyak 6 siri.

Sidang dikendalikan Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan dihadiri oleh Exco-exco MBM, pimpinan utama majlis belia negeri, mantan pimpinan serta pakar rujuk.

Sidang telah merumuskan beberapa perkara utama yang akan didokumentasikan dalam bentuk resolusi dan pelan strategik MBD untuk diserahkan kepada YB Menteri Belia dan Sukan sewaktu Konvensyen Belia Nasional (KOBEN). KOBEN akan diadakan secara ringkas dan secara maya sebelum diadakan secara fizikal apabila situasi negara sudah pulih nanti.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »