KUALA LUMPUR 24 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sidang media berhubung isu gejolak perkauman yang timbul baru-baru ini khususnya di media sosial ekoran kemelut pemilihan kepimpinan negara pasca PRU15.
Sebagai badan induk belia yang dianggotai pelbagai latar belakang kaum dan agama, MBM merasa terpanggil menyatakan pendirian memandangkan insiden ini mengugat kestabilan dan keharmonian kaum jika tidak dibendung lebih awal.
Dalam perkembangan yang sama, MBM juga merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Beliau juga merupakan mantan Presiden MBM ke-7.
Sidang media ini diketuai Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan dihadiri Exco serta Dewan Tertinggi MBM.