MAJLIS BELIA MALAYSIA

SIDANG KEMUNCAK BELIA ANTI RASUAH 2019

KUALA LUMPUR 26 Oktober – Sdri. Ng Chor Eng (Jessy), Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Sidang Kemuncak Belia Anti Rasuah 2019 anjuran Alumni Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (ACF).

Sidang ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan isu-isu dan agenda pembasmian rasuah sekaligus kepada belia sekaligus menggembling peranan mereka untuk membasmi gejala rasuah yang terus membimbangkan khususnya di kalangan anak muda.

Kehadiran wakil Majlis Belia Malaysia (MBM) adalah untuk terus memperkukuhkan komitmen memerangi gejala rasuah dan membina hubungan kerjasama bersama ACF sekaligus mendekatkan MBM dengan golongan mahasiswa dan graduan muda. ACF bernaung di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »