MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sidang Dewan Tertinggi MBM kali ke-124

KUALA LUMPUR 11 Sep – Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini bersidang buat kali ke-124 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan ini lebih tertumpu kepada penyertaan ahli MBM dalam Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang berlangsung esoknya.

Selain itu, turut dibincangkan pelbagai isu dan program-program terdekat MBM dan badan-badan gabungan.

Terdahulu, ahli mesyuarat mendengar pembentangan dari pihak MAHSA University dan Koperasi Belia Nasional (Koperasi Kobena).

Usai mesyuarat, Presiden MBM mengambil kesempatan menyampaikan buah tangan ‘kuih bulan’ kepada pimpinan belia dari kaum Tiong Hua.

Turut hadir Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial, JBSNegara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »