PORT DICKSON 27 Mei – Sidang Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-120 yang bersidang bersama badan gabungan hari ini memfokuskan agenda sambutan Hari Belia Negara yang akan diadakan di Padang Pejabat Daerah dan Tanah, Port Dickson.
Mesyuarat yang berlangsung Hotel Corus Port Dickson ini dipengerusikan oleh Sdr. Muhamad Fadzli Hasan, Pengerusi Tetap MBM.
Hadir sama Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM, Wakil Bahagian Pembangunan Belia Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Encik Kamarul Ariffin.