KUALA LUMPUR 25 Jan – Telah berlangsung Sidang Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-119 yang dihadiri oleh pimpinan belia dari 41 buah badan gabungan MBM bertempat di Bilik Delima Pusat Belia Antarabangsa.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan ini membincangkan mengenai agenda pembangunan belia selain Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan perkembangan terkini transisi had umur belia.
Pengerusi juga mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Tuan Mohd Azhari Mohammad atas kapasiti Ex-Officio MBM.
Hadir sama Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid Presiden MBM; Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial JBSN; Encik Hasnata Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia dan barisan Exco MBM.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.55 malam dengan beberapa ketetapan.
























































































