BANGI 24 Januari – Sidang Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memasuki edisi ke-116 yang telah dilaksanakan di Hotel Tenera Bangi, Selangor.
Mesyuarat ini dihadiri kepimpinan MBM terdiri dari Exco dan Dewan Tertinggi MBM. Mesyuarat berlangsung secara hibrid.
Sidang dipengerusikan oleh Sdr. Rosidi Hasan, Timbalan Pengerusi Tetap MBM dan YB. Mohd Syahbuddin Hashim, Pengerusi Tetap MBM.
Turut hadir Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Sosial, Bahagian Pembangunan Belia Kementerian Belia dan Sukan.
Antara yang isu hangat yang dibincangkan dalam sidang kali ini adalah mengenai permohonan bergabung.