JOHOR BAHRU 14 Ogos – Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM), YB Mohd Syahbuddin Hashim telah mempengerusikan Sidang Dewan Tertinggi MBM kali ke-114 di Hotel Amari di sini.
Mesyuarat ini dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dan Dewan Tertinggi MBM dari 40 buah badan gabungannya yang merupakan majlis perundingan tertinggi MBM dan berfungsi sebagai pembuat dasar MBM.
Agenda perbincangan meliputi kelangsungan ekonomi belia, kepimpinan persatuan belia, MPAT, Hari Belia Negara dan program-program pembangunan belia yang lain. Ini merupakan Sidang Dewan Tertinggi pertama diadakan sejak pandemik Covid-19 tercetus awal tahun ini.