MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sidang Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (Khas)

Putrajaya 19 Mac – Sidang Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia Kali Khas yang berlangsung di Palm Garden Hotel Putrajaya pada 18 Mac 2018 pada pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang yang dihadiri oleh ahli dewan tertinggi, exco-exco mbm, badan-badan gabungan dan majlis belia negeri yang dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Syahbuddin sebagai Pengerusi Tetap sidang tersebut.

Disamping itu juga turut berlangsung penyerahan ‘mock-up’ akaun akhbar digital e-Paper Utusan Malaysia yang disampaikan oleh Pengarang Utusan Malaysia YB. Datuk Zulkefli Hamzah kepada Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaluddin dan turut disaksikan oleh Pengerusi Tetap MBM, Mohd. Syahbuddin Hashim dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat Kumpulan Utusan, Jamal Ahmed Ali Ahmad. Juga disampaikan penyerahan akaun akhbar digital e-Paper Utusan Malaysia kepada badan-badan gabungan MBM.

Sumber dari :  http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-peluang-belia-menulis-di-utusan-malaysia-melalui-malaysia-kita-1.630456#ixzz5ABSEbZ6y

 

                  

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »