KUALA LUMPUR 22 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Sidang Dewan Tertinggi Khas yang dihadiri dan disertai oleh Exco dan Dewan Tertinggi MBM bertempat di Wisma MBM di sini. Mesyuarat ini berlangsung secara fizikal dan dalam talian (online).
Mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi Tetap MBM, YB. Mohd Syahbuddin Hashim ini membincangkan mengenai perkembangan terkini isu pindaan had umur dan ketetapan MBM dan badan gabungannya berhubung isu yang hangat diperkatakan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.00 malam dengan beberapa ketetapan yang dibuat.