Kuala Lumpur, 22 Ogos 2010 – Sidang Dewan Tertinggi MBM telah diadakan sejurus sahaja mesyuarat Exco MBM diadakan. Sidang ini dipengerusikan oleh Puan Pengerusi Tetap bermula pada jam 4 petang dan ianya berakhir lewat jam 7 malam. Sidang kali ini juga turut menyaksikan beberapa wajah baru Ahli Tertinggi dan semua ahlinya adalah di bawah umur 40 tahun selaras dengan Akta 668. Walaupun kehadirannya adalah wajah muda belia yang sebenar, persidangan ini ternyata menunjukkan kematangan seperti persidangan sebelum ini. Ini jelas dilihat semasa perbahasan agenda diadakan. Masing-masing memberikan idea dan pandangan yang matang dan berkualiti yang boleh diangkat ke peringkat yang tertinggi.