MAJLIS BELIA MALAYSIA

Siaran Media : Siri Bual Bicara “Youth Leaders” Tajuk Siri 5 : “Agenda Sosial Suatu Keperluan Mendesak”

SIARAN MEDIA

SIRI BUAL BICARA “YOUTH LEADERS”

TAJUK SIRI 5 :“AGENDA SOSIAL SUATU KEPERLUAN MENDESAK”

Gejala sosial sangat berkait rapat dengan golongan remaja dan belia. Malah, keadaan yang berlaku kini dikatakan semakin ekstrim di mana penglibatan remaja dalam kegiatan jenayah dilihat semakin membimbangkan.

Sesi dialog Youth Leaders anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) menampilkan dua orang ahli panel; Syed Azmi AlHabshi, aktivis sosial dan Wan Mohd Husni Abdullah, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM serta Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM yang bertindak sebagai moderator bagi merungkai “root course” tentang apa yang diperkatakan mengenai agenda sosial yang dihadapi negara ketika ini.

Syed Azmi dalam kenyataannya menyatakan soal pendidikan dan kekeluargaan adalah elemen penting dalam menangani isu sosial remaja.

“Sistem pendidikan negara yang lebih menjurus kepada harapan negara untuk melahirkan generasi bijak pandai dan berfikiran kritis masih dilihat mempunyai kelompongan terutama dalam pendekatan diberikan kepada golongan pelajar tercicir dalam silibus mata pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah”.

“Persoalan timbul apabila pemerhatian yang dilakukan di media sosial di kalangan remaja dan belia berumur lingkungan 15 hingga 17 tahun, pengaruh dan perkembangan minda mereka sepatutnya lebih relevan seiring dengan aspirasi kerajaan di dalam sistem pendidikan negara“.

“Dalam pada itu, kemahiran keibubapaan merupakan perkara yang sangat penting dalam memastikan remaja tidak mudah dipengaruhi oleh aktiviti liar dan ekstrim di luar rumah,” tambah beliau.

Wan Mohd Husni turut sependapat dengan kenyataan tersebut di mana ekosistem dalam sesebuah institusi kekeluargaan amat penting dan perlu dijaga oleh ibu bapa. Lumrahnya remaja mudah terjebak kepada gejala sosial dengan pengaruh rakan sebaya sekiranya persekitaran dalam keluarga berantakkan.

Syed Azmi menambah, “pihak kerajaan telah membuka jalan dan platform untuk golongan belia melibatkan diri dalam dunia social entrepreneurship. Atas hal ini, belia harus menjadi lebih berani untuk mencuba perkara baru selain programprogram kemahiran yang sudah sangat sinonim dengan golongan belia tercicir.”

Video penuh temu bual ini boleh disaksikan dan juga dimuat turun melalui platform media MBM seperti yang dinyatakan di bawah.

Klik link dibawah untuk saksikan
https://www.youtube.com/majlisbeliamalaysia

atau boleh juga saksikan di fb ini
https://www.facebook.com/malaysianyouthcouncil/ 

Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM di talian (013) 773 3676.

 

Terima kasih.

 

 

AHMAD SAPARUDIN YUSUP

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia

Tarikh : 20 Mac 2018

Tel : (013) 3734934

Emel : mbmsua@gmail.com

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »