SIARAN MEDIA
SIRI BUAL BICARA “YOUTH LEADERS”
RUANG PEMIMPIN BELIA BERDISKUSI SECARA TERBUKA
Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Penerangan, Penerbitan dan Media telah mengadakan rakaman program Bual Bicara ‘Youth Leaders’. Program berbentuk diskusi ini sebagai satu wadah perbincangan santai oleh pakar-pakar intelektual, penganalisis, aktivis sosial bersama pemimpin belia bagi membicarakan segala isu melingkari belia hari ini dan juga perancangan kepemimpinan negara untuk generasi masa depan.
Sebanyak 10 topik diperbincangkan dengan setiap siri berlangsung selama 30 minit. Diskusi perbincangan ini akan dipaparkan dalam tempoh dua bulan bermula Mac hingga April 2018 sepertimana berikut:
Siri 1 / Tajuk : Mengubah Stigma Terhadap Generasi Muda
Siri 2 / Tajuk : Dimensi Moral Hak Asasi Manusia
Siri 3 / Tajuk : Rasuah, Ketelusan dan Tadbir Urus: Yakinkah Belia?
Siri 4 / Tajuk : Membela Nasib Belia Sabah-Sarawak
Siri 5 / Tajuk : Cabaran Sosial dan Ekonomi Belia India
Siri 6 / Tajuk : Agenda Sosial Suatu Keperluan Mendesak
Siri 7 / Tajuk : Kebersediaan Tenaga Kerja Masa Depan
Siri 8 / Tajuk : Ekonomi Belia: Antara Dua Darjat
Siri 9 / Tajuk : Kreativiti Politik Raih Sokongan Orang Muda
Siri 10 / Tajuk : Fahami Sentimen Belia Cina
Youth Leaders menghimpunkan pemimpin-pemimpin muda dari pelbagai latar belakang agama, bangsa dan politik dalam membincangkan isu-isu semasa yang sangat signifikan. Pemilihan ahli-ahli panel dibuat dengan mengambilkira kredibiliti dan kepakaran mereka dalam bidang masing-masing.
MBM berharap melalui program ini segala input dan hasil perbincangan dikongsikan dan cadangan positif diambil tindakan sewajarnya oleh pihak-pihak berkaitan.
MBM menjemput semua lapisan masyarakat khususnya generasi muda menyaksikan siri diskusi ini seterusnya bersama-sama dalam perbincangan ini dengan meninggalkan pendapat dalam ruang komen.
Video penuh temu bual Youth Leaders boleh disaksikan melalui medium media sosial berikut :
www.youtube.com/malaysianyouthcouncil dan https://www.facebook.com/malaysianyouthcouncil/
Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi Sdr. Mohammad Rizan Hasan, Ketua Penerangan MBM di talian (013) 773 3676.
Sekian, terima kasih.
AHMAD SAPARUDIN YUSUP Setiausaha Agung
Majlis Belia Malaysia
Tarikh : 5 Mac 2018
Tel : (013) 3734934
Emel : mbmsua@gmail.com