SIARAN MEDIA
MBM MENGAJAK GENERASI MUDA SERTAI DAN MERAIKAN
SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2017
Majlis Belia Malaysia (MBM) merakamkan jutaan penghargaan kepada kerajaan di atas pengiktirafan terhadap Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei setiap tahun. Hari Belia Negara merupakan komitmen kerajaan untuk belia seluruh negara dan simbol kerajaan mengiktiraf dan menyedari peranan belia dalam usaha membuat transformasi dalam masyarakat.
Julung kalinya, Hari Belia Negara 2017 diadakan di Dataran Putrajaya bakal dipenuhi oleh belia-belia yang hadir dan memeriahkan lagi hari tersebut. Pelbagai acara telah disusun meliputi segmen seperti Konvensyen Belia Kebangsaan 2017, Seni dan Budaya, Karnival Usahawan Artis Tanahair, Ekspresi Kerohanian, Pendidikan dan Kemahiran, Sukan serta banyak lagi melibatkan agensi kerajaan, swasta untuk manfaat generasi muda.
Justeru, MBM mengajak seluruh belia dan organisasi belia di semua peringkat menggerakkan generasi muda untuk sama-sama menjayakan Hari Belia Negara 2017 melalui aktiviti-aktiviti yang telah diatur antaranya :
1) KONVENSYEN BELIA KEBANGSAAN 2017
Tarikh : 15 Mei 2017
Tempat : Grand Ballroom Hotel Marriot, Putrajaya
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi
Tema : “Transformasi Nasional 2050 : Aspirasi Kepimpinan Bangsa Angkasa”
Ahli Panel : Panel I – Dr Sheikh Muszaphar Shukor
(Angkasawan Malaysia Yang Pertama)
Panel II – Dr Wan Wardatul Amani
( Wanita pertama Malaysia terlibat dalam misi penghantaran penyelidikan ke angkasa)
Panel III – En. Syukran Idris
Program Generasi Marikh)
Konvensyen Belia Kebangsaan (KBK) Mengangkat tema-tema pembangunan belia dalam menggalakkkan golongan belia menjadi aktif dan mencorak pembangunan negara di masa hadapan.
2) ANUGERAH HARI BELIA NEGARA
Tarikh : 15 Mei 2017
Tempat : Putrajaya Marriot Hotel, Putrajaya
Masa : 11.00 pagi
Merupakan program utama sempena Hari Belia Negara. Tujuannya mempercepatkan proses pemerkasaan dan keaktifan Pertubuhan Belia ke arah proses peralihan kepimpinan selaras dengan Dasar Belia Malaysia yang bakal dikuatkuasakan pada 2018.
3) EKSPRESIKU KEROHANIAN
Tarikh : 13 dan 14 Mei 2017
Tempat : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Aktiviti : Solat Hajat Perdana
Forum Santai: Negaraku Malaysia
Pra Ramadhan: Qiamullail
Tujuan Ekspresiku Kerohanian ialah memperkukuhkan jati diri anak muda dengan pelbagai aktiviti berbentuk keagamaan dan memartabatkan pergerakan belia. Pada sebelah malam pula, memartabatkan pergerakan belia dengan menghidupkan malam tersebut dengan pelbagai aktiviti. Selain itu, menjana integrasi di kalangan generasi belia dari pelbagai peringkat.
4) EKSPRESIKU PENDIDIKAN & KEMAHIRAN
Tarikh : 13 hingga 15 Mei 2017
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Persiaran Perdana, Presint 3
Aktiviti : Karnival Pendidikan dan Kemahiran
Robot Battle
TAMIYA
TN50: Parenting Talk
Program diadakan bertujuan untuk mendedahkan golongan belia dengan pendidikan dan juga kemahiran. Bagi TN50: Parenting Talk, untuk memberi perkongsian tentang inspirasi golongan wanita dalam menyokong pembangunan dan aspirasi negara.
5) EKSPRESIKU SENI & BUDAYA
Tarikh : 14 Mei 2017
Masa : 10 pagi – 12.00 malam
Tempat : Persiaran Perdana, Presint 3
Aktiviti : Malam Keamanan
Doodle Mob Putrajaya
6) EKSPRESIKU SOSIAL & USAHAWAN
Tarikh : 13 hingga 15 Mei 2017
Masa : 10 pagi – 12.00 malam
Tempat : Persiaran Perdana, Presint 3
Aktiviti : Karnival Usahawan Belia Putrajaya
Karnival Agropreneur Muda
7) PERTANDINGAN FUTSAL
Tarikh : 13 hingga 15 Mei 2017
Masa : 10 pagi – 5.00 petang
Tempat : Komplek Futsal, Presint 18 Persiaran Perdana, Presint 3
Aktiviti : Futsal
Funwalk
Mini Sea Games
Untuk maklumat lanjut mengenai Sambutan Hari Belia Negara 2017 bolehlah layari info media sosial MBM berikut :
Laman web : www.belia.org.my
Facebook : Majlis Belia Malaysia
Twitter : @BeliaMBM
Instagram : @beliambm
Youtube : Majlis Belia Malaysia
MBM yakin dengan kerjasama yang bersepadu dari semua pihak akan memastikan usaha transformasi masyarakat dalam kalangan belia akan memenuhi sasarannya.
Sekian, terima kasih.
AHMAD SAPARUDIN YUSUP
Setiausaha Agung
Majlis Belia Malaysia
Tarikh : 6 Mei 2016
Tel : (013) 3734 934
Emel : mbmsua@gmail.com