SIARAN MEDIA
MBM MENGAJAK GENERASI MUDA SERTAI DAN MERAIKAN
SAMBUTAN HARI DAN MINGGU BELIA NEGARA 2016
Majlis Belia Malaysia (MBM) merakamkan jutaan penghargaan kepada kerajaan di atas pengiktirafan terhadap Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei setiap tahun. Hari Belia Negara merupakan komitmen kerajaan untuk belia seluruh negara dan simbol kerajaan mengiktiraf dan menyedari peranan belia dalam usaha membuat transformasi dalam masyarakat.
Pada tahun ini, sambutan Hari Belia Negara akan diadakan di Universiti Putra Malaysia. Ini adalah sebahagian daripada pendekatan Strategi Lautan Biru bersama universiti dan golongan mahasiswa. Walaupun penganjuran tahun ini dalam skala sederhana, namun MBM percaya ia tetap meriah dengan penyertaan generasi muda khususnya dalam kalangan mahasiswa. Bertemakan “The Future Is Now” sebagai salah satu pendekatan baharu sempena HBN kali ini adalah bertujuan mendekati golongan mahasiswa.
Kementerian Belia dan Sukan dengan sokongan MBM turut mengambil inisiatif proaktif bagi memastikan sambutan Hari Belia Negara 2016 juga dirasai di seluruh negara dengan menganjurkan Minggu Belia yang bermula dari 9 hingga 14 Mei 2016.
Justeru, MBM mengajak seluruh belia dan organisasi belia di semua peringkat menggerakkan generasi muda untuk sama-sama menjayakan Hari Belia Negara 2016 melalui aktiviti-aktiviti yang telah diatur antaranya :
1) JAMBOREE SUKAN, REKREASI DAN CABARAN
Tarikh : 6 – 8 Mei 2016
Tempat : Ulu Slim, Slim River, Perak
Perasmian oleh : YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia
pada 7 Mei 2016 (Sabtu) jam 9.00 pagi.
2) PROGRAM MYVOC CERIA KOMUNITI SEMPENA HARI DAN MINGGU BELIA NEGARA 2016
Tarikh : 7 hingga 8 Mei 2016
Tempat : Seluruh negara (Ditentukan oleh Badan-badan Gabungan MBM)
Antara premis yang terlibat ialah rumah-rumah ibadah, rumah orang-orang tua, rumah anak-anak yatim dan di mana jua yang melibatkan komuniti.
3) MAJLIS KONVOKESYEN 1BELIA 1KEMAHIRAN KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA & PELANCARAN 1B1K-UMP KOMPETEN: TVET BERASASKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Tarikh : 10 Mei 2016 (Selasa)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri, Bangunan Puspanitapuri, Persiaran Seri Perdana
Presint 10, Putrajaya
Majlis penyampaian Sijil akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri melibatkan 463 orang penerima dari kolej-kolej kemahiran swasta.
4) FESTIVAL TEATER REMAJA KEBANGSAAN
Tarikh : 11 hingga 13 Mei 2016
Masa : 8.30 malam
Tempat : Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Kuala Lumpur
Program ini dikelolakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
5) MALAYSIA INTERNATIONAL YOUTH EXCHANGE
Tarikh : 13 hingga 16 Mei 2016
Tempat : Kuala Lumpur
Program ini melibatkan penyertaan belia-belia dari negara Asia seperti Thailand, Cambodia, Indonesia, Singapura, Vietnam
6) SERET DI JERAI ‘BIKE TRIKE DRIFT’
Tarikh : 14 hingga 15 Mei 2016
Tempat : Gunung Jerai, Kedah
7) KARNIVAL WARNA WARNI BELIA MALAYSIA
Tarikh : 13 hingga 15 Mei 2016
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Padang Kawad, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
8) PAMERAN INOVASI SOSIAL
Tarikh : 13 hingga 15 Mei 2016
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Padang Kawad, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
9) KARNIVAL KERJAYA
Tarikh : 13 hingga 15 Mei 2016
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Padang Kawad, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
10) MALAYSIA INFLATABLE CHALLENGE
Tarikh : 13 hingga 15 Mei 2016
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Padang Kawad, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
11) MALAM GEMA NUSANTARA
Tarikh : 14 Mei 2016 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Padang Kawad, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
12) KONVESNYEN BELIA KEBANGSAAN 2016 (KBK’16)
Tarikh : 15 Mei 2016 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 1.30 petang
Tempat : Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
13) MAJLIS SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2016 OLEH YAB DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
Tarikh : 15 Mei 2016 (Ahad)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan hadir melancarkan sambutan Hari Belia Negara 2016 melibatkan lebih 3,000 orang belia. Beliau juga akan menyampaikan anugerah Tokoh Belia Negara.
maklumat lanjut mengenai Sambutan Hari Belia Negara 2016 bolehlah layari info media sosial MBM berikut :
Laman web : www.belia.org.my
Facebook : Majlis Belia Malaysia
Twitter : @BeliaMBM
Instagram : @beliambm
Youtube : Majlis Belia Malaysia
MBM yakin dengan kerjasama yang bersepadu dari semua pihak akan memastikan usaha transformasi masyarakat dalam kalangan belia akan memenuhi sasarannya.
Sekian, terima kasih.
AHMAD SAPARUDIN YUSUP
Setiausaha Agung
Majlis Belia Malaysia