MAJLIS BELIA MALAYSIA

Setiausaha Agung MBM serah sijil dan Pingat Bakti Belia Malaysia kepada mantan Naib Presiden MBM

KUALA LUMPUR 6 Feb – Sekretariat Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini dikunjungi Mantan Naib Presiden MBM, Sdr. Loka Ng Sai Kai di Wisma MBM.

Beliau terlibat aktif dalam gerakan belia peringkat kebangsaan melalui MBM selama 10 tahun dengan jawatan tertinggi sebagai Naib Presiden MBM (2002-2006) di bawah kepimpinan Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Kehadiran beliau disambut oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohd Izham Ahmad.

Sempat juga berkongsi gerak kerja dan pengalaman kepimpinan belia di era tersebut.

Setiausaha Agung turut menyerahkan sijil dan Pingat Bakti Belia Malaysia (P.B.B.M) yang mana beliau tidak berkesempatan mengambilnya semasa majlis penghargaan kepimpinan belia beberapa tahun lalu.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »