BACHOK 6 Jun – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun meneruskan agenda MBM menyantuni persatuan belia akar umbi bersama kepimpinan Majlis Belia Kelantan (MBK) di bawah Sdr. Hafizul Nizam.
Banyak isu semasa dan belia dibincangkan, percambahan ilmu dan beberapa perkongsian Idea untuk belia Kelantan dan masyarakat setempat.
Turut serta dalam pertemuan ini Exco MBM, Sdr. Abdul Hafeez Abdullah, kepimpinan MBK Ustaz Mohammad Amin, Sdr. Ridhwan Zazani dan Sdr. Muhd Firdaus.