MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi Zooming pembentangan cadangan program oleh Sekretariat Penggerak Industri Kreatif Belia Malaysia

KUALA LUMPUR 25 Januari – Perbincangan antara Bahagian Pembangunan Kandungan (BPK), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM bersama Majlis Belia Malaysia telah diadakan secara dalam talian (Zoom) bagi membentangkan cadangan program oleh Sekretariat Penggerak Industri Kreatif Belia Malaysia.

MBM diwakili oleh Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik, Sdr. Khairul Rizam Abu Samah dan Sdr. Danial Yusuf daripada Jawatankuasa Penaja Persatuan Industri Kreatif Belia Malaysia.

Dua program yang dibentangkan ialah Platform Operative Nexus Imaginative Centre (ONIC) dan Program Kasi Up Bro!

Puan Norhadznita Hj. Mohammad Ilham, Setiausaha Bahagian BPK memberikan respon baik terhadap cadangan yang diutarakan dan memberikan beberapa saranan agar kertas cadangan berkenaan lebih boleh diukur impak dan kebolehlaksannaanya. Perbincangan dihadiri juga oleh pegawai kanan daripada FINAS dan Agensi KKMM – My Creative Venture.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »