MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi temuduga Inisiatif MyGrocer@Wilayah

KUALA LUMPUR 12 Okt – Seramai 10 orang belia telah hadir ke sesi temuduga Inisiatif MyGrocer@Wilayah yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bertempat di Wisma MBM.

Inisiatif ini adalah daripada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan YaPEIM.

MyGrocer@Wilayah merupakan inisiatif untuk membantu belia menjana kewangan melalui Usahawan Perantis MyGrocer@Wilayah dalam bidang peruncitan di atas trak. Elaun RM1,000 akan diberikan sepanjang tempoh latihan selama 6 bulan.

Hadir sama dalam sesi ini, Datuk Syed Osman Mohamed, Naib Presiden MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN)

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »