KUALA LUMPUR 10 Feb – Temu Ramah Siri Pertama Belia Bekerja telah dilaksanakan hari ini yang dikendalikan sepenuhnya oleh Pihak PWS Sdn Bhd. Sesi temu ramah diadakan melalui sesi masa mengikut SOP yang ditetapkan.
Hadir sama memerhati sesi temu ramah ini, Datuk Syed Osman Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Belia Malaysia (MFREN) merangkap Exco MBM.
Inisiatif Belia Beniaga adalah usahasama antara MBM dan PWS Sdn Bhd dalam membantu belia dalam menyediakan peluang pekerjaan melalui sektor perniagaan. Sesi kedua temu ramah akan diadakan pada 17 Februari 2021.
Harapan MBM agar peluang ini dapat diambil sepenuhnya oleh golongan belia terutama kepada yang mencari pekerjaan dan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.