MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi taklimat bantu usahawan belia naik taraf perniagaan (Enterprise-Sdn Bhd)

KUALA LUMPUR 1 Jun – Satu sesi penerangan dan perbincangan mengenai Mensyarikatkan Sendirian Berhad (Sdn Bhd) kepada usahawan belia telah diadakan di Wisma MBM.

Penerangan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Yazid dan Encik Fahmi Syarikat dari  Dahlia Sentosa Sdn Bhd.

Sesi ini telah membincangkan kerjasama antara Dahlia Sentosa Sdn Bhd dan MBM dalam membantu usahawan belia menaiktaraf perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi di samping pemangkin ekosistem keusahawanan yang lebih rancak, mapan dan inklusif melalui pertukaran status syarikat Enterprise kepada Sendirian Berhad (Sdn Bhd).

Banyak kebaikan dan kelebihan yang boleh dimanfaatkan apabila usahawan belia menaik taraf status perniagaan mereka seperti kemudahan pemprosesan permohonan pembiayaan oleh institusi perbankan di samping kemudahan pelaburan dan sebagainya.

Program yang sangat bermanfaat dan mendatangkan nilai tambah yang tinggi kepada usahawan belia ini turut mendapat sokongan sepenuhnya dari YB Menteri Belia dan Sukan.

MBM telah diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »