KUALA LUMPUR 4 Mac – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenuhi undangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) secara dalam talian untuk memberikan sumbang saran tentang kelebihan dan kelemahan ABIM bagi membantu mereka merangka hala tuju dan gerak kerja 2021.
Turut dibincangkan mengenai agenda pemerkasaan bangsa Malaysia bagi mengukuhkan perpaduan rakyat dan kestabilan Negara.
MBM diwakili oleh Presidennya, Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Exco MBM, Sdr. Mohd Nazri Latif dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi.