KUALA LUMPUR 10 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Sesi Rundingan Meja Bulat Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) bersama Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan (PTPTN) bertempat di Hotel Istana Kuala Lumpur.
Perbincangan Meja Bulat yang berlangung 2 hari ini membincangkan beberapa cadangan yang diterima PTPTN didalam menyelesaikan isu PTPTN termasuklah pulangan dari pinjaman dan juga perkara lain yang dihadapi PTPTN.
Kertas cadangan boleh dimuatturun di laman web PTPTN dan semua rakyat disarankan bersama sama membuat sumbang saran bagi menangani masalah yang dihadapi PTPTN.
MBM diwakili Sdr. Mohd Izzat Afifi selaku Pengerusi JK Pendidikan MBM dan Puan Umi Kelathun, Ahli JK Pendidikan MBM.