MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi Ramah Mesra dan Dialog MBM bersama pimpinan baharu MIYC

KUALA LUMPUR 15 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi ramah mesra dan dialog yang disertai kepimpinan MBM bersama pimpinan baharu Majlis Belia India Malaysia (MIYC) secara dalam talian.

Dialog ini amat bermakna dengan pelbagai perancangan bersama dikongsi bagi membangunkan pelbagai agenda belia Malaysia merangkumi ekonomi, pendidikan, polisi, antarabangsa dan kebajikan.

Presiden MIYC, Sdr. Dhanesh Basil turut berkongsi manifesto kepimpinan beliau yang bakal dilaksanakan dan telah dilaksanakan.

Beliau turut menekankan kepentingan kajian keberkesanan impak program bagi memastikan segala perancangan dan program berkualiti. Tahniah MIYC atas kepimpinan yang segar dan bertenaga!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »